Alhamdulillah....2026 dah masuk bulan ke 2. Aku baru rancang apa yang aku nak kejar pada tahun ni.
1) Ativa
Tahun ni nak try jugak untuk dapatkan Ativa...dapat yang 2nd pun ok dah.
Doakan aku deh....
2) Gi bercuti..
Bab bercuti ni aku tak ada destinasi khusus yang aku betul betul betul teringin nak pergi. Hok paling penting bagi aku, aku boleh jalan jalan makan angin.Lebih kerap lagi bagus.
Jadi aku lebih suka destinasi yang murah .Aku bagi contoh, aku ada RM10K...kalau aku ambik pakej RM3K kebawah, aku dah boleh gi jalan2 3X berbandingkan aku ambik pakej RM10K untuk 1 trip.
Masing2 ada style masing2 ....cuma aku nak rasa boleh baik kapal terbang tu acapkali 🤭
Aku plan la....
- Feb - Cameron Highland..try pose tempat sejuk.
- April - rasanya nak ke Hatyai
- Jun - Surabaya
- Ogos/sept - Vietnam
- Nov/Dec - Kemboja/China
Harap2 berjaya la ...tapi tak salah kan berangan 😅

0 Comments