Mahal..isi nipis tapi..

Aku tak tahu pasal korang… tapi setiap kali nampak buah kundang kat gerai, mesti ada dua benda terlintas dalam kepala.

Kundang

Pertama: “Eh mahalnya…”

Kedua: “Alahai… biji besar, isi nipis je!”

Itulah realiti buah kundang. Bentuk dia cantik , bulat bujur macam telur kecil, warna kuning oren bila masak. Nampak menggoda betul. Tapi bila gigit… masam-masam manis, dan sebelum sempat puas menikmati, dah jumpa biji besar kat tengah tu 😆

Rasa macam bayar harga isi, tapi dapat harga biji sekali. Tapi… jangan pandang rendah buah kecik ni. Kenapa Buah Kundang Sebenarnya Berbaloi?

Walaupun isi dia nipis, khasiat dia tak nipis.

1️⃣ Tinggi Vitamin C

  • Buah kundang kaya dengan vitamin C.
  • Ini bagus untuk:
  • Kuatkan sistem imun
  • Bantu pembentukan kolagen
  • Kulit nampak lebih sihat & anjal
  • Nak cerita pasal “awet muda”?

Vitamin C memang salah satu kunci utama kulit nampak segar dan lambat berkedut.

2️⃣ Ada Vitamin A (Beta-Carotene)

Warna kuning oren tu tanda ada beta-carotene. Baik untuk:

  • Kesihatan mata
  • Kulit
  • Antioksidan lawan radikal bebas. Radikal bebas ni lah yang percepatkan penuaan dan rosakkan sel badan.

3️⃣ Ada Serat

Walaupun isi nipis, tetap ada serat. Serat ni penting untuk:

  • Penghadaman
  • Kawal kolesterol
  • Kawal gula dalam darah
Bagi orang yang jaga jantung, serat memang kawan baik.

Buah Kundang Boleh Buat Awet Muda Ke?

Tajuk ni misti ramai yang minat.. Nak kata terus jadi macam umur 25 balik tu… tak lah 😆

Tapi kalau makan secara konsisten sebagai sebahagian diet sihat:

  • Vitamin C bantu kulit lebih anjal
  • Antioksidan bantu kurangkan kerosakan sel
  • Kurang radikal bebas = kurang penuaan pramatang

Awet muda bukan sebab satu buah je, tapi gabungan:

  • Makan sihat
  • Kurang gula
  • Cukup air
  • Kurang stress

Kundang cuma salah satu “askar kecil” dalam tentera kesihatan badan kita.

Ya… buah ni mahal. Ya… biji dia besar. Ya… isi dia nipis sampai rasa macam tak puas.Tapi dari segi khasiat....kundasang bukan calang-calang.

Kalau jumpa harga berpatutan, boleh beli. Makan secara sederhana. Jangan over.

Sebab dalam dunia kesihatan ni, bukan soal banyak…Tapi keseimbangan.

Opppss kalau info ni salah...komen ye,nanti aku perbetulkan

0 Comments