Rokok vs Awet Muda: Kenapa Perokok Cepat Nampak Tua?

Aku pernah jumpa seorang kawan lama. Kawan sekolah dulu. Tapi bila bersembang lama-lama, aku perasan satu benda, muka aku nampak lebih tua dari dia. 

Satu je bezanya dengan aku, aku ni perokok tegar.Dari situ aku mula tertanya-tanya…betul ke rokok buat kita cepat tua? Atau ni sekadar mitos?

Maka aku startla google pasal rokok dan awet muda..Jawapannya, Rokok salah satu Musuh Senyap Kulit Awet Muda

Bila kita merokok, asap rokok bukan sekadar masuk paru-paru. Ia juga beri kesan besar pada kulit, terutama kulit muka.

Dalam asap rokok ada ribuan bahan kimia berbahaya. Bahan-bahan ni akan:

  • Rosakkan kolagen dan elastin (dua benda penting untuk kulit tegang & anjal)
  • Kurangkan aliran darah ke kulit
  • Buat kulit kurang oksigen dan nutrien

Hasilnya?.....Kulit jadi kering, kusam, dan cepat berkedut.

Kenapa Perokok Mudah Berkedut?

Kulit kita sebenarnya sentiasabaiki diri” secara semula jadi. Tapi rokok buat proses ni jadi perlahan.

Antara kesan paling ketara:

1. Kedut cepat muncul.
Terutama sekitar mulut, mata dan dahi. Sebab tu ada istilah “smoker’s lines” — garis halus sekitar bibir.

2. Kulit hilang seri
Rokok sempitkan salur darah. Bila darah tak sampai dengan baik, kulit nampak pucat, kusam dan tak bermaya.

3. Penuaan pramatang
Ada perokok umur 30-an tapi kulit muka nampak macam 40-an. Ini bukan nak menakutkan, tapi realiti.

Rokok & Awet Muda: Memang Tak Sebulu

Kalau kau jenis jaga kulit, pakai skincare, minum air banyak, makan sihat tapi masih merokok, kesannya jadi macam ni:
👉Skincare jalan… tapi rokok undo semua usaha tu.

Ibarat kau siram pokok setiap hari, tapi dalam masa sama kau racun pokok tu perlahan-lahan.

Berhenti Merokok, Kulit Boleh Pulih Ke?

Berita baik: Insyaallah, boleh...Bila berhenti merokok:

  • Aliran darah ke kulit mula pulih
  • Kulit dapat lebih oksigen
  • Warna kulit jadi lebih sekata
  • Proses penuaan jadi lebih perlahan

Memang tak boleh “undo” semua kerosakan lama, tapi kulit boleh jadi jauh lebih baik dari sebelumnya.

Pilihan Di Tangan Kita

Nak awet muda bukan sekadar pakai krim mahal.

Kadang-kadang, keputusan paling besar adalah apa yang kita berhenti buat, bukan apa yang kita tambah.

Rokok bukan je jejaskan kesihatan, tapi diam-diam curi usia dari wajah kita.Kalau ada pilihan antara Rokok atau Kulit sihat, segar & nampak muda. Yang mana pilihan anda?


*****

Rujukan (Untuk Bacaan Lanjut)

https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/anti-aging/smoking-and-your-skin

https://www.healthline.com/health/smoking/smoking-and-skin

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323972

https://www.webmd.com/smoking-cessation/effects-of-smoking-on-your-skin

0 Comments