Aku pernah jumpa seorang kawan lama. Kawan sekolah dulu. Tapi bila bersembang lama-lama, aku perasan satu benda, muka aku nampak lebih tua dari dia.
Satu je bezanya dengan aku, aku ni perokok tegar.Dari situ aku mula tertanya-tanya…betul ke rokok buat kita cepat tua? Atau ni sekadar mitos?
Maka aku startla google pasal rokok dan awet muda..Jawapannya, Rokok salah satu Musuh Senyap Kulit Awet Muda
Bila kita merokok, asap rokok bukan sekadar masuk paru-paru. Ia juga beri kesan besar pada kulit, terutama kulit muka.
Dalam asap rokok ada ribuan bahan kimia berbahaya. Bahan-bahan ni akan:
- Rosakkan kolagen dan elastin (dua benda penting untuk kulit tegang & anjal)
- Kurangkan aliran darah ke kulit
- Buat kulit kurang oksigen dan nutrien
Hasilnya?.....Kulit jadi kering, kusam, dan cepat berkedut.
Kenapa Perokok Mudah Berkedut?
Kulit kita sebenarnya sentiasa “baiki diri” secara semula jadi. Tapi rokok buat proses ni jadi perlahan.
Antara kesan paling ketara:
Rokok & Awet Muda: Memang Tak Sebulu
Ibarat kau siram pokok setiap hari, tapi dalam masa sama kau racun pokok tu perlahan-lahan.
Berhenti Merokok, Kulit Boleh Pulih Ke?
Berita baik: Insyaallah, boleh...Bila berhenti merokok:
- Aliran darah ke kulit mula pulih
- Kulit dapat lebih oksigen
- Warna kulit jadi lebih sekata
- Proses penuaan jadi lebih perlahan
Memang tak boleh “undo” semua kerosakan lama, tapi kulit boleh jadi jauh lebih baik dari sebelumnya.
Pilihan Di Tangan Kita
Nak awet muda bukan sekadar pakai krim mahal.
Kadang-kadang, keputusan paling besar adalah apa yang kita berhenti buat, bukan apa yang kita tambah.
Rokok bukan je jejaskan kesihatan, tapi diam-diam curi usia dari wajah kita.Kalau ada pilihan antara Rokok atau Kulit sihat, segar & nampak muda. Yang mana pilihan anda?
*****
Rujukan (Untuk Bacaan Lanjut)
https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/anti-aging/smoking-and-your-skin
https://www.healthline.com/health/smoking/smoking-and-skin
https://www.medicalnewstoday.com/articles/323972
https://www.webmd.com/smoking-cessation/effects-of-smoking-on-your-skin

0 Comments