Telur - Simple tapi Power

Kalau sebut pasal makanan bajet, senang masak dan penuh khasiat, telur memang tak pernah mengecewakan. Dari dapur bujang sampai dapur keluarga, telur sentiasa jadi penyelamat.

Murah, cepat siap, dan boleh masak macam-macam.

Kenapa Telur Ni Power? Walaupun nampak biasa, telur sebenarnya kaya dengan nutrisi:
  • Protein tinggi – bantu bina otot & baiki sel badan
  • Vitamin B12 – bagi tenaga & sokong fungsi otak
  • Vitamin D – baik untuk tulang
  • Kolina – penting untuk ingatan
Sebab tu orang diet, gym, orang tua sampai budak-budak semua sesuai makan telur.


Telur Naikkan Kolesterol? .....Ramai takut telur sebab kolesterol. Sebenarnya, makan telur secara sederhana tak bermasalah untuk kebanyakan orang sihat.

Yang buat masalah biasanya:
  • Cara masak (goreng minyak banyak)
  • Makan dengan makanan proses
  • Gaya hidup malas bergerak
Telur rebus atau separuh masak masih pilihan paling selamat.

Betul ke telur ayam kampung lebih power?Jawapan ringkas: ya, tapi tak jauh bezanya.
Telur ayam kampung biasanya:
  • Kuning lebih pekat
  • Rasa lebih lemak
  • Berpotensi lebih omega-3 & antioksidan (kalau benar-benar ayam kampung)
Telur ayam bandar / biasa pula:
  • Nutrisi asas masih lengkap
  • Kualiti konsisten
  • Harga lebih murah & mudah dapat
Realitinya, beza nutrisi tak terlalu ketara.
Kalau ada bajet & sumber dipercayai, ayam kampung ok.Kalau makan hari-hari  telur biasa pun dah cukup baik.

Telur ni makanan rakyat yang murah, senang & berkhasiat. Tak kisah telur kampung atau bandar, yang penting:
  • Makan berpada-pada
  • Cara masak sihat
  • Gaya hidup seimbang
Jangan pandang rendah pada telur. Simple, tapi power.

0 Comments