Sejak kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula guna bank digital seperti GXBank, Boost Bank dan Ryt Bank. Ramai juga yang masih tertanya-tanya:
“Bank digital ni sama ke macam bank biasa?”

Jawapannya mudah, ya, hampir semua fungsi bank biasa ada. Cuma semuanya dibuat melalui telefon pintar tanpa perlu pergi ke cawangan bank.
Apa Itu Bank Digital?
Bank digital ialah bank yang beroperasi sepenuhnya melalui aplikasi telefon. Nak buka akaun, transfer duit, bayar bil , semuanya boleh dibuat dalam aplikasi.
Walaupun digital, bank-bank ini tetap berlesen di Malaysia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Simpanan pelanggan juga dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.
Maknanya dari segi keselamatan, ia setaraf dengan bank biasa. Fungsi Bank Digital (Sama Macam Bank Biasa)
Berikut antara fungsi utama bank digital:
- DuitNow
- Instant Transfer
- IBG
Semua hanya beberapa klik dalam telefon.
- bayar di kedai
- beli barang online
- keluarkan duit di ATM tertentu
Apa Perbezaan Dengan Bank Biasa?
- Tiada cawangan fizikal
- Semua urusan dibuat melalui aplikasi.
- Buka akaun lebih cepat
- Biasanya hanya ambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.
- Promosi lebih menarik
- cashback
- referral reward
- faedah simpanan lebih tinggi
Kenapa Ramai Orang Mula Guna Bank Digital?
- Senang guna
- Tak perlu pergi bank
- Faedah simpanan lebih tinggi
- Banyak promosi dan reward
Sebab itu sekarang ramai orang gunakan bank digital sebagai akaun simpanan kedua.
Bank digital sebenarnya sama sahaja seperti bank biasa dari segi fungsi. Bezanya hanya pada cara penggunaan — semuanya dibuat melalui aplikasi telefon.
Bagi mereka yang suka urusan cepat dan mudah, bank digital boleh menjadi pilihan yang sangat praktikal pada zaman sekarang.
Cuma seperti biasa, kita tetap perlu urus kewangan dengan bijak walau menggunakan bank digital atau bank tradisional.
0 Comments