Border Pass ialah dokumen perjalanan khas yang membenarkan penduduk kawasan sempadan keluar masuk kawasan sempadan negara jiran untuk tempoh singkat.
Biasanya digunakan untuk:
- Urusan keluarga
- Berniaga kecil-kecilan
- Lawatan harian
- Urusan sosial & komuniti
Border Pass bukan pengganti pasport, dan hanya sah di kawasan tertentu sahaja.
Antara fungsi utama Border Pass:
- Mudahkan keluar masuk sempadan tanpa pasport biasa
- Jimat masa & kos untuk penduduk tempatan
- Sokong ekonomi & hubungan komuniti sempadan
Masih tertakluk kepada kawalan imigresen. Senang cerita.. mudah, tapi ada had.
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.
Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani
Tempoh sah biasanya hanya 1 tahun (boleh diperbaharui). Setiap kemasukan hanya beberapa hari sahaja
⚠️ Tak boleh tinggal lama atau overstay.
Kalau langgar syarat → boleh kena denda atau tindakan imigresen.
Negeri-negeri lain di Semenanjung tidak layak, kerana tiada sempadan darat dengan negara lain. Untuk ke luar negara, pasport biasa tetap diperlukan.
********
Rujukan :-

0 Comments