Ativa ni bagi aku cukup lengkap...saiz kompak tapi nampak gagah, posisi pemanduan tinggi, senang park dan senang bawak ke mana-mana. Enjin turbo dia pula cukup padu dan jimat, sesuai untuk ulang-alik kerja, balik kampung, atau bawa family kecil.
Dari segi design, Ativa nampak ringkas dan moden. Tak terlalu agresif, tak cepat buat mata jemu. Jenis kereta yang boleh pakai lama tanpa rasa bosan.
Cuma satu je… Aku dah terbayang nak spray warna British Racing Green, hijau gelap klasik. Warna yang tenang, classy, dan lain dari yang lain.
Bagi aku, Ativa tu pilihan logik.....British Racing Green pula pilihan hati 💚 |
Bila kereta ikut keperluan dan citarasa sendiri, barulah rasa “ni memang kereta aku.”
Doakan aku berjaya realisasikan impian aku ni...amin2

0 Comments